Berita Berita
Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat
KUALA LUMPUR 8 Jun – Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda kawasan luar pesisir Mindanao pada pagi Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengikuti rapat perkembangan bencana tersebut dan menzahirkan solidariti kepada rakyat Filipina yang terkesan.
Menurut beliau, Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan persahabatan yang erat sebagai negara jiran serta rakan dalam ASEAN.
“Saya ingin merakamkan kebimbangan yang mendalam susulan gempa bumi kuat yang melanda kawasan luar pesisir selatan Filipina awal pagi tadi.
“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua yang terjejas serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang mencabar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Filipina bagi menangani kesan bencana tersebut.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan sedang memantau situasi dengan teliti selepas gegaran gempa berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah.
“Saya memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan sedang memantau situasi ini dengan rapi dan pasukan perkhidmatan kecemasan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku pada pukul 7.37 pagi.
Menurut MetMalaysia, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.7 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur dengan kedalaman 50 kilometer.
Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 747 kilometer di timur Semporna, Sabah, dan gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan di negeri berkenaan.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 4:32 pm
MCMC ambil tindakan kandungan judi dalam talian menjelang Piala Dunia 2026
June 8, 2026, 4:21 pm
Abd Halim wajibkan semua warga SPRM isytihar harta dalam tempoh sebulan
June 8, 2026, 1:56 pm
Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, saksi dakwa dengar dua dentuman kuat
June 8, 2026, 12:38 pm
PM puji Kementerian Komunikasi, sifatkan penerangan BUDI MADANI antara kejayaan terbesar
June 8, 2026, 12:17 pm
Sebar video lucah bekas suami: Wanita didenda RM2,800
June 8, 2026, 12:13 pm
Mara heret peminjam culas ke mahkamah demi bantu lebih ramai pelajar miskin, usahawan
June 8, 2026, 12:07 pm
Bomba terima laporan gegaran di Tawau, pemantauan pantai diperketat susulan amaran tsunami
June 8, 2026, 12:04 pm
