Berita Berita
Kerajaan MADANI terus perkasa program Tingkatan Enam menerusi pelbagai inisiatif baharu
KUALA LUMPUR 8 Jun – Kerajaan MADANI terus komited memperkasakan program Tingkatan Enam menerusi pelbagai inisiatif dan usaha penjenamaan semula bagi meningkatkan imej serta kualiti pendidikan lepasan menengah negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan tidak pernah berhenti mencari kaedah terbaik untuk memartabatkan program tersebut agar setanding dengan laluan pendidikan prauniversiti lain.
Menurut beliau, antara langkah yang dilaksanakan termasuk penjenamaan semula program Tingkatan Enam bagi meningkatkan persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan itu, selain memperkukuh aspek akademik dan pembangunan pelajar.
“Program Tingkatan Enam memang sangat istimewa dan dekat di hati kami. Pelbagai inisiatif kami laksanakan untuk terus memartabatkan program ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina berkata, kerajaan turut menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada pelajar Tingkatan Enam termasuk Bantuan Awal Persekolahan, penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Kebangsaan serta kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Katanya, usaha tersebut bertujuan memastikan pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kekal sebagai antara kelayakan akademik yang mempunyai standard tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“STPM mempunyai nilai yang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah oleh lebih 2,000 universiti di seluruh dunia,” katanya.
Terdahulu, Fadhlina meluangkan masa menyantuni pelajar baharu Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad sempena sesi pendaftaran pelajar bagi pengambilan baharu.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memilih laluan Tingkatan Enam sebagai platform untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Tahniah semua. Kalian telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha mencapai kecemerlangan,” katanya.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 9:57 pm
HTAR jelas punca burung gagak, merpati masuk wad, patuk makanan pesakit
June 8, 2026, 7:20 pm
Dua beradik jatuh tingkat 12 selang beberapa minit, polis tahan ibu bantu siasatan
June 8, 2026, 7:17 pm
Isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang di Kunak
June 8, 2026, 6:39 pm
Bayi lelaki tanpa baju ditinggalkan dekat tabung surau di Taman Daya
June 8, 2026, 6:32 pm
Muda putuskan strategi, senarai calon PRN Johor selepas pemukiman di Muar
June 8, 2026, 6:26 pm
Jaslinda dengar helikopter, tiup wisel dan jumpa nota SAR
June 8, 2026, 4:32 pm
MCMC ambil tindakan kandungan judi dalam talian menjelang Piala Dunia 2026
June 8, 2026, 4:21 pm
Abd Halim wajibkan semua warga SPRM isytihar harta dalam tempoh sebulan
June 8, 2026, 2:18 pm
