TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hilang sejak Rabu, mayat lelaki ditemui terapung tersangkut pada timbunan kayu

By
|
Kongsi
image

KEMAMAN 13 Jun – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak Rabu lalu terjawab selepas mayatnya ditemui terapung di Sungai Air Putih, berhampiran jambatan Kampung Seberang Tayor di sini, petang semalam.

Mayat mangsa, Mualim Johari, 38, dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira jam 6.00 petang dalam keadaan tersangkut pada timbunan kayu di dalam sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sejurus menerima laporan, anggota bomba telah digerakkan ke lokasi bagi membantu membawa naik mayat mangsa ke tebing sungai. Pihak polis kini mengklasifikasikan kes kematian mangsa sebagai mati mengejut (SDR).

“Pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa mendapati tiada sebarang kesan perbuatan jenayah. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan oleh pihak berkuasa sementara menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital.

+ - reset