Berita Berita
Baru seminggu kenal, remaja 15 tahun dicekup berkhalwat dalam tandas surau
KULIM 22 Jun – Baru seminggu berkenalan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sudah berani melakukan maksiat sebelum dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya di dalam tandas sebuah surau di sebuah kampung di Kilang Lama, di sini, awal pagi tadi.
Remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan mula mengenali pasangannya kerana bekerja di gerai nasi lemak yang sama sebelum mereka menjalinkan hubungan cinta.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung tangkapan khalwat tersebut daripada penduduk kampung terbabit pada jam 1.30 pagi tadi.
Beliau memaklumkan bahawa ketika tangkapan dilakukan oleh penduduk, kedua-dua mereka didapati berada dalam keadaan berpakaian tidak lengkap.
"Lelaki berkenaan berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Kob, Karangan serta bekerja berniaga nasi lemak.
"Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati, dia dan pasangannya itu baru seminggu berkenalan di tempat kerja yang sama.
"Remaja perempuan itu pula berasal dari Changlun di daerah Kubang Pasu dan tinggal di Sungai Ular, di sini bersama ibu saudaranya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anwar Sharifuddin berkata, orang awam yang berniaga di kawasan berhampiran sering ternampak pasangan itu masuk ke surau berkenaan hampir tiga kali sekitar lewat pagi.
Beliau berkata, mereka yang mengesyaki pasangan terbabit melakukan maksiat kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan sebelum mendapati kedua-duanya sedang berdua-duaan di dalam tandas surau berkenaan.
"Orang awam kemudian memanggil pengerusi surau berkenaan dan memaklumkan kepada pejabat agama untuk tindakan lanjut.
"Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat," katanya.
Anwar Sharifuddin menambah, pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 9:15 am
Anwar dijadual umum senarai penuh 56 calon PH bagi PRN Johor malam ini
June 22, 2026, 9:11 am
Bersatu sedia guna logo sendiri jika lambang PN tidak dipersetujui - Muhyiddin
June 22, 2026, 9:01 am
Polis sita 7 motosikal, keluar 76 saman dalam Op Motosikal di Puchong
June 21, 2026, 10:55 pm
'Minta maaf dengan umat Islam' - Veteren DAP didesak tarik balik bantahan bina masjid depan TRX
June 21, 2026, 10:10 pm
Harga diesel bersubsidi untuk rakyat turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026 - PM Anwar
June 21, 2026, 3:14 pm
Umur baru 19 tahun dah berani 'mati' rakam wanita dalam tandas restoran
June 21, 2026, 2:00 pm
