TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wawasan umum barisan kepimpinan pusat, Hamzah Presiden, Rais Yatim Pengerusi

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 21 Jun – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa pusatnya yang diterajui gabungan tokoh politik berpengalaman, bekas menteri, Ahli Parlimen serta golongan profesional bagi menerajui hala tuju parti itu.

Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga pengasas Gerakan RESET dilantik sebagai Presiden, manakala jawatan Pengerusi disandang tokoh politik veteran dan bekas menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Struktur kepimpinan tertinggi parti itu turut menyaksikan bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang dilantik sebagai Timbalan Presiden, manakala lima jawatan Naib Presiden diisi gabungan pemimpin veteran dan generasi baharu.

Berdasarkan senarai lantikan yang dikeluarkan parti berkenaan, jawatan Naib Presiden disandang bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; serta bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon.

Dua lagi Naib Presiden ialah Datuk Mohd Omar Mustapha dan Datuk Huan Cheng Guan.

Sementara itu, dua bekas pemimpin Bersatu yang sebelum ini dipecat turut diberikan peranan penting dalam struktur baharu parti berkenaan apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Jawatan Setiausaha Eksekutif pula disandang Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof, manakala Bendahari Agung diamanahkan kepada Datuk Arifin Tobias.

Memetik laporan Harakahdaily hari ini, parti baharu itu turut mengumumkan pelantikan 25 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzair Ayob; bekas Naib Canselor (VC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah; serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan.

Wawasan ditubuhkan pada 13 Jun lalu, manakala pengumuman rasmi mengenainya dibuat ketika Konvensyen RESET yang berlangsung di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam senarai yang dikeluarkan, parti itu turut menyertakan pengesahan pendaftaran di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dengan nombor pendaftaran PPM-004-07-08062009.

Senarai penuh 25 Ahli Jawatankuasa (AJK) Wawasan Pusat:

Dzowahir Ab Ghani

Datuk Muhamed Farid Mohamed Zawawi

Fathul Huzair Ayob

Kapten Azahari Hasan

Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah

Datuk Suhaimi Mohd Ghazali

Datuk Zulkifli Bujang

Datuk Simon Suresh V Varunamegam

Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

Datuk Asmawi Harun

Datuk Abdul Aziz Ismail

Dayang Saniah Awang Hamid

Dr Richard Ng

Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim

Tan Tee Beng

Tun Fiqa Mohammad

Phang Horng Woie

Syed Hassan Syed Ali

Yunus Nordin

Muhammad Fadhli Ismail

Wong Chan Giap

Hussien Ridzuan Ibrahim Basri

Bibi Sunita Sakandar Khan

Huan Xin Yun

Mohd Hamdan Mohd Sharif

+ - reset