TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis sita 7 motosikal, keluar 76 saman dalam Op Motosikal di Puchong

By
|
Kongsi
image

SUBANG JAYA 22 Jun – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya bersama Balai Polis Bukit Puchong telah melaksanakan 'Op Motosikal' di Jalan Jurutera, Kampung Seri Aman, Puchong, Selangor pada jam lebih kurang 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Bin Wan Mamat memaklumkan bahawa operasi tersebut dijalankan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan trafik serta aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Sepanjang operasi itu dilaksanakan, seramai 85 individu dan 53 buah motosikal telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Hasil daripada pemeriksaan berkenaan, sebanyak 76 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala tujuh buah motosikal turut disita untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis memandang serius sebarang bentuk aktiviti samseng jalanan dan lumba haram kerana perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengakibatkan kemalangan serta kehilangan nyawa.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti lumba haram atau samseng jalanan diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya melalui talian 03-78627222.

+ - reset