Berita Sukan
(VIDEO) Hormat agama Islam, pengurus Hakim Danish alih botol arak di atas podium
Oleh NABIL AIMAN
KUALA LUMPUR 22 JUN - Tindakan pengurus atlet permotoran negara, Hakim Danish Ramli yang mengalihkan botol 'champagne' di atas podium telah meraih pujian ramai.
Pengurus pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Jordi Gatell bertindak pantas menyembunyikan botol 'champagne' itu sebaik sahaja menyedari situasi di atas podium.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Tindakan Gatell itu membuktikan bahawa beliau cukup mengenali dan menghormati prinsip hidup pelumba muda negara itu.
Lebih mengagumkan Gatell sanggup mengetepikan aspek komersial untuk memastikan Hakim Danish dapat meraikan kejayaan dengan lebih selesa.
Untuk info, atlet permotoran negara berusia 19 tahun itu telah menjuarai Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno, Czech Republic pada Ahad.
Paling manis Hakim Danish berjaya menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang berkibar megah di podium utama negara itu.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
