Berita Sukan
Legenda Denmark gesa rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman Messi dibatal
KUALA LUMPUR 23 JUN - Legenda Denmark, Peter Schmeichel menyifatkan jaringan Lionel Messi ketika memecahkan rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepatutnya tidak diiktiraf.
Kapten Argentina itu menjaringkan gol ke-17 peribadi dalam sejarah Piala Dunia pada penampilannya yang ke-28 ketika menentang Austria pada awal pagi Selasa.
Bekas bintang Manchester United, Schmeichel menyifatkan jaringan itu sepatutnya tidak dibenarkan kerana terdapat kekasaran yang berlaku semasa pembinaan serangan.
"Saya tidak fikir gol itu sepatutnya dikira."
"Situasi itu bermula, terdapat sentuhan dari belakang ke atas Xaver Schlager (pemain Austia). Ia adalah sepakan percuma, Mac Allister menjatuhkan pemain itu.
"Sepatutnya pengadil memberikan sepakan percuma. VAR sepatutnya menyemak semula insiden itu dan ia kesilapan oleh pengadil dan sebab itu saya berasa sedikit kecewa," katanya kepada Fox Sports ketika mengulas perlawanan itu.
Messi telah memintas rekod legenda Jerman, Miroslav Klose apabila muncul penjaring terbanyak Piala Dunia selepaas meledak dua gol untuk membantu juara bertahan Argentina menewaskan Austria 2-0 sekali gus layak ke pusingan kalah mati.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
