Berita Sukan
Tepis kritikan ramai, Ronaldo cipta sejarah jaring gol di 6 edisi Piala Dunia berbeza
KUALA LUMPUR 24 JUN - Cristiano Ronaldo mencipta sejarah baharu apabila muncul pemain pertama yang menjaringkan gol dalam enam kempen Piala Dunia berbeza.
Sejarah itu tercipta selepas Ronaldo meledak gol ketika Portugal menentang Uzbekistan di Stadium Houston, Amerika Syarikat (AS).
Pencapaian itu membuktikan ketahanan dan ketajaman Ronaldo masih berbisa meskipun sudah berusia 41 tahun pada edisi Piala Dunia kali ini.
Bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia pada tahun 2006 ketika menentang Iran.
Sebelum ini, Ronaldo menerima kritikan selepas aksi hambarnya dalam keputusan seri 1-1 menentang DR Congo ketika aksi kempen pembukaan Portugal dalam usaha memburu kejuaraan Piala Dunia pertama mereka.
Pemain sensasi Al-Nassr itu juga berjaya meledak dua gol ketika membantu Portugal menang mudah ke atas Uzbekistan dengan keputusan 5-0 sekali gus menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan kalah mati.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
