Berita Hiburan
Fattah Amin, Amira Othman timang cahaya mata sulung, namakan anak Muhammad Jarir Umar
PETALING JAYA 24 Jun – Penantian pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman untuk bergelar ibu bapa berakhir apabila mereka dikurniakan cahaya mata pertama seorang bayi lelaki semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Fattah yang memaklumkan bahawa isterinya, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, selamat melahirkan putera sulung mereka pada jam 6.20 petang.
"Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami pukul 6.20 petang semalam.
"Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati mommy dan daddy," tulisnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads hari ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Fattah turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan dirinya sedang mengendong bayi berkenaan sambil melihat pemandangan luar dari bilik hospital, selain foto erat menggenggam tangan isteri bersama putera mereka.
Rata-rata netizen dan peminat mula berkongsi maksud indah di sebalik pemilihan nama unik tersebut. Nama Muhammad Jarir Umar difahami merujuk kepada karakter kecerdasan dan ilmu pengetahuan yang luas yang diinspirasikan daripada tokoh sejarawan Islam, Ibnu Jarir, serta gabungan sifat keberanian, ketegasan, dan keadilan yang sinonim dengan sahabat Nabi Muhammad SAW, Khalifah Umar Al-Khattab.
Ruangan komen media sosial pasangan itu kini dihujani ribuan ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan-rakan artis yang mendoakan agar bayi berkenaan membesar dengan sihat, soleh, serta menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman yang juga merupakan penyanyi serta pelakon telah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
