Berita Sukan
Neymar kembali lepas 3 tahun disisih skuad Brazil
KUALA LUMPUR 25 JUN - Neymar da Silva menamatkan penantian selama tiga tahun untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Brazil selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-76 dalam perlawanan peringkat Kumpulan C Piala Dunia menentang Scotland awal pagi tadi.
Kemasukan Neymar ke dalam padang mendapat tepukan gemuruh dari seluruh penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Stadium Miami, Amerika Syarikat (AS).
Meskipun tidak menjaringkan sebarang jaringan, Neymar berjaya mendapat markah 6.7 dalam perlawanan itu yang menyaksikan Brazil menang dengan keputusan 3-0 ke atas Scotland.
Ia sekali gus melayakkan skuad Selecao ke pusingan kalah mati dan bakal bertemu naib juara Kumpulan F pada 30 Jun nanti.
Untuk rekod kali terakhir Neymar menyarung jersi Brazil ialah ketika menentang Uruguay sebelum mengalami kecederaan panjang pada 18 Oktober 2023.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
