Berita Hiburan
'Tak tahu kenapa burung memilih terbang’, Aslam titip pesanan lepas cerai
KUALA LUMPUR 25 JUN - Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, menarik perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran penuh kiasan di media sosial miliknya baru-baru ini.
Perkongsian itu dibuat selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan pembubaran perkahwinannya dengan Marissa Dania Hakim.
Menerusi hantaran tersebut, Aslam berkongsi foto sejambak bunga bersama ayat yang mengundang pelbagai persoalan pengguna media sosial.
"Ada yang menilai terlepasnya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang. Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang."
Meskipun beliau tidak memberitahu maksud sebenar kenyataan tersebut, hantaran itu dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan masa lalunya.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah telah memutuskan bahawa lafaz cerai yang dibuat oleh Aslam terhadap Marissa Dania pada 22 Mei lalu adalah sah mengikut hukum syarak.
Keputusan tersebut sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan pasangan itu yang sebelum ini melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
