Berita Hiburan
Isu Nasi Ayam RM26, Neelofa dedah ibu berniaga suka-suka
KUALA LUMPUR 25 JUN – Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, tampil respons berhubung perniagaan nasi ayam milik ibunya, Datin Noor Kartini, yang menjadi bualan netizen susulan harganya yang mencecah RM26 sebekas.
Bekas pengacara MeleTOP itu menegaskan dia tidak berkecil hati dan bersikap terbuka menerima sebarang ulasan jujur daripada orang ramai sama ada hidangan tersebut sedap atau sebaliknya.
Menurut Neelofa, perniagaan itu bermula secara tidak sengaja selepas resipi nasi ayam yang dikongsinya di Instagram menjadi tular.
Sambutan luar biasa daripada orang ramai yang menghujani akaun media sosial mereka akhirnya mendorong ibunya untuk mencuba nasib menjual hidangan tersebut.
Jelas pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini lagi, menu berkenaan merupakan resipi turun-temurun yang menjadi kegemaran keluarga mereka sejak zaman menetap di Pasir Mas, Kelantan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perniagaan tersebut bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata, melainkan sekadar aktiviti sampingan ibunya untuk mengisi masa lapang dan membantu masyarakat sekeliling.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
