Berita Hiburan
Buku Aisyah Hijanah didakwa cipta ayat Al-Quran baharu, desak KDN ambil tindakan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk mengambil tindakan segera berhubung dakwaan sebuah buku tulisan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah, yang memuatkan teks didakwa sebagai ayat al-Quran, namun tidak wujud dalam kitab suci itu.
Isu tersebut tular selepas seorang individu membangkitkan kebimbangan di media sosial selepas meneliti kandungan buku berkenaan.
Menurut individu terbabit di Threads, penelitian semula terhadap dalil-dalil yang digunakan dalam buku itu mendedahkan kesilapan yang sangat serius.
Ia bukan sekadar membabitkan kesalahan teknikal seperti tanda bacaan atau baris, sebaliknya menyentuh kepada rekaan ayat baharu.
"Kesalahan ‘ayat al-Quran’ dalam beberapa muka surat ini bukan kesalahan seperti tersilap baris atau titik, ini reka terus ayat yang tidak ada dalam Al-Quran. Sangat-sangatlah tidak patut," katanya menerusi satu hantaran.
Ekoran implikasi besar terhadap kesucian agama, beliau mendesak agar naskhah tersebut ditarik balik dengan kadar segera daripada pasaran untuk dilupuskan oleh pihak berkuasa.
Dalam hantaran yang sama, individu berkenaan meluahkan rasa bimbang sekiranya pembaca awam menerima bulat-bulat kandungan buku tersebut tanpa membuat semakan dengan sumber yang sahih.
Beliau turut menitipkan pesanan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan lambakan buku agama di pasaran memandangkan trend penulisan bebas yang kini dibantu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa tapisan ilmu yang mendalam.
"Kepada semua pembaca, rujuklah kembali bahan pembacaan kita dengan sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadis.
"Zaman sekarang ini penulis bebas menulis apa sahaja walau pengetahuan mereka tidak dalam, apatah lagi dengan bantuan AI," tambahnya lagi.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak KDN mahupun maklum balas daripada pihak Aisyah Hijanah berhubung dakwaan yang dilemparkan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
