Berita Sukan
Cape Verde lakar sejarah mara ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026
HOUSTON, 27 Jun — Pasukan kerdil, Cape Verde berjaya mencipta sejarah sukan yang luar biasa selepas mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selaku naib juara Kumpulan H.
Skuad dari benua Afrika itu mengunci kedudukan kedua kumpulan selepas mempamerkan aksi bertenaga untuk mengikat Arab Saudi tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir di Stadium Houston sebentar tadi.
Cape Verde mempamerkan aksi yang lebih dominan sepanjang perlawanan dengan melancarkan 15 cubaan ke arah gawang lawan berbanding hanya enam serangan yang mampu dihasilkan oleh jentera Arab Saudi.
Walaupun hanya berbekalkan populasi negara sekitar 525,000 orang, reputasi itu tidak menghalang skuad kendalian Pedro Leitao Brito untuk membuktikan impian besar mereka ke fasa 32 terbaik kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Pencapaian mutakhir ini kelihatan lebih gemilang memandangkan negara kepulauan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua aksi peringkat kumpulan selepas mengikat tiga gergasi bola sepak iaitu Sepanyol, Uruguay, dan Arab Saudi.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
