Berita Sukan
GP Belanda: Bangkit dari petak ke-16, Hakim Danish tamatkan saingan di tempat ketujuh
KUALA LUMPUR 28 Jun – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan luar biasa sebelum menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda yang berlangsung di Litar Assen, hari ini.
Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi memulakan perlumbaan daripada petak ke-16, namun berjaya memotong kelompok pelumba lain untuk bersaing sengit di kedudukan tiga terbaik sepanjang saingan 25 pusingan tersebut.
Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahinya apabila mula bergelut dengan jentera ketika perlumbaan berbaki lima pusingan, sekali gus menyaksikan pelumba berusia 18 tahun itu kehilangan momentum dan dipintas beberapa pelumba lain sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan masa 33 minit 51.276 saat.
Perlumbaan pusingan ke-10 itu diungguli oleh pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles dengan catatan 33 minit 51.801 saat, manakala tempat kedua menjadi milik David Almansa daripada Liqui Moly Dynavolt Intact GP dan Marco Morelli (CFMOTO Gaviota Aspar Team) menduduki tempat ketiga.
Kejayaan menduduki tempat ketujuh itu membolehkan Hakim Danish membawa pulang sembilan mata berharga, sekali gus meletakkan beliau di tangga keenam kedudukan keseluruhan carta kejuaraan dunia Moto3 dengan mengumpul 82 mata.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
