Berita Hiburan
Pempengaruh diugut bunuh lepas dedah 'sarang' Rohingya
KUALA LUMPUR 30 JUN - Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Awie MBR mendakwa dirinya menjadi sasaran ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh daripada seorang remaja warga Rohingya baru-baru ini.
Insiden tersebut dipercayai berlaku selepas pempengaruh berkenaan memuat naik kandungan video yang menyentuh sensitiviti membabitkan komuniti warga asing tersebut.
Menerusi satu hantaran di akaun media sosial miliknya, Awie turut berkongsi beberapa keping tangkap layar mesej berbaur ancaman yang dihantar oleh individu terbabit bagi membuktikan dakwaannya.
"Korang tengok sendiri mereka ugut abang koroy sampai macam ini? Content menari dekat negara sendiri pun dorang tak bagi? Siap boleh bawa motor lagi mana dorang dapat lesen?" tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berdasarkan bukti tangkap layar yang dikongsikan, suspek dikesan menghantar mesej amaran keras berbaur ancaman nyawa sekiranya mangsa tidak melarikan diri dari kawasan Cheras.
"Nasib kau dapat lari awal dari Cheras, kalau malam kau ada time itu kau tunggu, kepala kau hilang mana."
Hantaran tersebut dengan pantas menarik perhatian rakyat Malaysia yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Majoriti orang ramai menyifatkan ugutan 'hilang kepala' itu sebagai satu ancaman bunuh yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh memandangkan ia melibatkan nyawa.
Selain isu ugutan, pengguna media sosial turut mempersoalkan kelonggaran undang-undang sehingga membolehkan warga asing menunggang motosikal secara bebas tanpa lesen sah di jalan raya negara ini.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan sama ada laporan polis telah dibuat oleh mangsa atau siasatan lanjut sedang dijalankan.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 9:10 am
‘Tiwikarma’ curi perhatian, K.O.I juara AJL40
August 7, 2026, 5:37 pm
"Semua ketentuan Allah" — Ismahalil reda dipenjara 30 tahun, video pesanan terakhir tular
July 30, 2026, 3:02 pm
Pempengaruh kongsi Rohingya halau keluar Malaysia, dedah cara dapat bekalan perniagaan
July 27, 2026, 2:56 pm
'Macam mana info peribadi saya awak boleh tahu?',Fattah Amin berang fitnah melampau
July 20, 2026, 6:10 pm
Bella Astillah, Syed Saddiq timba nasihat rumah tangga daripada Tun M
July 3, 2026, 4:19 pm
Filem 'The Keris' angkat semula legasi Hang Tuah di pawagam
July 3, 2026, 3:12 pm
