Berita Hiburan
Rita Rudaini berang dakwaan bakat sukan anak lelaki diwarisi Aidil Zafuan
KUALA LUMPUR 01 JULAI – Pelakon popular, Rita Rudaini, sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas meluahkan rasa kesal dan berang terhadap tindakan seorang pengguna di Threads yang mengaitkan kejayaan sukan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dengan bekas suaminya.
Isu itu tercetus apabila individu terbabit mendakwa bahawa kebolehan luar biasa Rayyan dalam bidang olahraga kononnya merupakan bakat yang diwarisi daripada bapanya yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.
Tidak berdiam diri, Rita segera menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa kejayaan anaknya adalah hasil titik peluh serta pengorbanannya seorang sebagai ibu tunggal.
Rita menegaskan dia yang membesarkan anak-anaknya sejak kecil bukannya kerana faktor luar atau sumbangan pihak lain.
Pelakon filem Mami Jarum itu turut menyelar individu berkenaan agar tidak sengaja mencari perhatian dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Tak ada kaitan dengan bapa dia, yang besarkan diorang (mereka) dari kecil sampai boleh berlari itu aku (Rita) 'hamak' perhatian."
Hantaran Rita itu mendapat sokongan daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan individu terbabit kerana dianggap tidak sensitif dengan kontroversi yang pernah dilalui pelakon itu.
Pengguna media sosial turut menasihati Rita agar mengabaikan komen-komen negatif dan terus fokus kepada masa depan anak-anaknya.
Anak sulung Rita itu baru-baru ini mengharumkan nama keluarga dan sekolahnya selepas mempamerkan aksi memukau di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.
Mewakili kontinjen Selangor, Rayyan bukan sahaja cemerlang malah berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi acara 110 meter lari berpagar.
Selain meraih pingat emas dalam acara tersebut, dia turut membuktikan kehebatannya dengan merangkul tempat kedua dalam acara lari pecut 100 meter dan tempat ketiga bagi kategori 200 meter.
Untuk rekod, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki sebelum disahkan bercerai pada 2013 selepas lima tahun bersama dan sejak itu Rita membesarkan anak-anaknya bersendirian.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
