Berita Berita
Kes kanak-kanak autisme dalam parit: Bedah siasat sahkan punca kematian akibat lemas
BAGAN DATUK 1 Julai – Proses bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki yang ditemukan di dalam sebuah parit di kawasan kebun kelapa sawit di Sungai Sumun, Hutan Melintang semalam, mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan lemas.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, keputusan tersebut diperoleh hasil laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pakar patologi Hospital Teluk Intan, hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan menyeluruh ke atas fizikal mangsa juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau unsur-unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa. Susulan itu, kes tersebut diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Terdahulu, pihak polis menerima laporan rasmi berhubung kehilangan kanak-kanak istimewa (autisme) berusia enam tahun itu pada jam 4.54 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faith Fatih Abdullah Fattah kemudiannya ditemukan oleh orang awam yang turut serta dalam operasi pencarian di kawasan parit kebun berkenaan, tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Berita berkaitan
July 1, 2026, 10:54 pm
Lelaki pitam sebelum terjatuh ke landasan LRT Hang Tuah selamat dibawa keluar
July 1, 2026, 5:19 pm
MP Jelutong puji kelapangan dada Ahmad Zahid bawa impak positif dalam Dewan Rakyat
July 1, 2026, 4:52 pm
Isu sekatan program Felda: "Itu hal teknikal, kita move on" – Onn Hafiz
July 1, 2026, 3:23 pm
Sifar kes penipuan haji, badal haji musim ini - Menteri Agama
July 1, 2026, 3:13 pm
