Berita Berita
Sifar kes penipuan haji, badal haji musim ini - Menteri Agama
SEPANG 1 Julai – Malaysia mencatatkan sifar kes penipuan membabitkan pakej haji dan badal haji sepanjang musim haji 1447H/2026M hasil pemantauan bersepadu yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pemantauan menyeluruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain tindakan pengawasan terhadap iklan serta tawaran pakej haji di platform media sosial.
Katanya, langkah berkenaan dilaksanakan bagi membanteras sindiket penipuan yang sering mengambil kesempatan terhadap bakal jemaah setiap kali musim haji.
“Alhamdulillah, hasil kerjasama bersepadu antara TH, PDRM dan pihak berkuasa lain, tahun ini kita merekodkan sifar kes penipuan.
“Bukan sahaja penipuan pakej haji, malah tiada juga kes penipuan melibatkan badal haji yang dilaporkan sepanjang musim haji kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan keberkesanan usaha penguatkuasaan, pemantauan serta kempen kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket penipuan berkaitan ibadah haji.
Berita berkaitan
July 1, 2026, 10:54 pm
Lelaki pitam sebelum terjatuh ke landasan LRT Hang Tuah selamat dibawa keluar
July 1, 2026, 5:19 pm
MP Jelutong puji kelapangan dada Ahmad Zahid bawa impak positif dalam Dewan Rakyat
July 1, 2026, 4:52 pm
Isu sekatan program Felda: "Itu hal teknikal, kita move on" – Onn Hafiz
July 1, 2026, 3:13 pm
PRN Johor: Bersatu kekal komited sokong calon PN, bukan BN – Tun Faisal
July 1, 2026, 3:01 pm
