Berita Hiburan
Eksperimen sosial Isa Isarb dedah sikap warga asing beri rokok pada pelajar sekolah
KUALA LUMPUR 2 JULAI - Satu klip video eksperimen sosial yang dimuat naik oleh YouTuber terkenal, Isa Isarb, mengundang rasa kesal dan bimbang dalam kalangan masyarakat selepas mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki warga asing yang selamba memberikan rokok kepada seorang budak sekolah.
Video itu memaparkan situasi cemas yang dipantau dari jauh oleh Isa Isarb bersama pasukan produksinya di dalam sebuah kenderaan menggunakan kamera tersembunyi.
Kejadian bermula apabila seorang pelakon kanak-kanak yang lengkap berpakaian seragam sekolah mendekati lelaki yang dipercayai warga asing di sebuah kawasan parkir kenderaan untuk meminjam pemetik api bagi menyalakan rokoknya.
Tanpa memikirkan kesan buruk atau status pelajar terbabit yang masih di bawah umur, warga asing berkenaan terus menghulurkan pemetik api miliknya dengan begitu mudah.
Melihat keadaan tersebut, Isa Isarb yang terkejut dengan tindakan spontan lelaki itu segera memberikan arahan menerusi alat komunikasi agar pelajar berkenaan memadamkan rokoknya dengan segera.
Dia kemudian meminta kanak-kanak itu kembali semula kepada warga asing tersebut untuk mengujinya buat kali kedua dengan meminta sebatang lagi rokok.
Apa yang mengejutkan, tanpa menunjukkan sebarang rasa bersalah atau ragu-ragu warga asing itu sekali lagi menyelukkan tangan ke dalam poket bajunya dan mengeluarkan sekotak rokok sebelum menyerahkan sebatang lagi rokok kepada budak sekolah berkenaan.
Tindakan acuh tak acuh warga asing itu nyata mengundang kemarahan kru produksi di dalam kenderaan pemantau sekali gus memaksa Isa Isarb mengisytiharkan bahawa misi eksperimen sosial bagi melihat keprihatinan masyarakat itu telah gagal.
Isa Isarb yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya turut meluahkan rasa sakit hati dengan sikap warga asing tersebut yang langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab moral serta sensitiviti terhadap undang-undang negara ini yang melarang pemberian atau penjualan rokok kepada golongan bawah umur.
Susulan tindakan berani mati warga asing itu, Isa Isarb segera mengarahkan pelakon kanak-kanak berkenaan untuk beredar ke kedai berhampiran sebelum waklinya turun dari kenderaan bagi bersemuka dan menyuarakan teguran tegas terhadap lelaki berkenaan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
