Berita Hiburan
Safwan Nazri rugi RM400,000, jadi mangsa 'scam' kontraktor kawan baik
KUALA LUMPUR 3 JULAI - Pelakon dan personaliti media sosial popular, Safwan Nazri, menzahirkan rasa terkilan selepas mendakwa menjadi mangsa tipu oleh rakan baiknya sendiri yang merupakan kontraktor pengubahsuaian rumah, melibatkan kerugian mencecah RM400,000.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, mendedahkan bahawa dia telah menjelaskan bayaran penuh bagi proses renovasi kediamannya.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan apabila projek tersebut ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja sebelum individu itu dilaporkan menghilangkan diri.
"Ada orang ini menipu saya. Yang lagi biadab apabila dia ialah kawan saya sendiri yang ‘scam’. Duit saya habis sebanyak RM400,000 dekat dia. Duit sudah bayar penuh, tetapi rumah pula tergendala," luahnya.
Mengulas lanjut mengenai kerja-kerja tersebut, Safwan menjelaskan projek berkenaan sebenarnya hanya melibatkan struktur tambahan di bahagian belakang rumah serta pembinaan sebuah bilik kecil.
Namun, apa yang sepatutnya siap dalam tempoh diberikan telah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ia berlarutan sehingga dua tahun tanpa sebarang penyelesaian.
Disebabkan hasil kerja terdahulu yang disifatkan sebagai 'cincai' dan tidak memenuhi piawaian, bekas peserta Hero Remaja itu terpaksa menanggung beban kewangan yang lebih berat.
Dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM200,000 lagi demi melantik kontraktor baharu bagi meroboh dan membaik pulih semula kerosakan yang ditinggalkan.
Enggan berdiam diri, Safwan mengesahkan dia sudah memulakan tindakan undang-undang dengan menyerahkan surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) kepada syarikat kontraktor milik rakannya itu bagi menuntut ganti rugi atas segala kerugian dialami.
Bagaimanapun, usaha menuntut keadilan itu masih menemui jalan buntu apabila individu berkenaan didakwa terus bersembunyi dan tidak memberikan sebarang maklum balas.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
