Berita Politik
Menjelang undi awal esok, Tok Mat harap polis, tentera kekalkan BN di Johor
JOHOR BAHRU 6 Julai - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menolak dakwaan kononnya kedudukan kerajaan Persekutuan memberi kelebihan kepada BN untuk mempengaruhi undi awal dalam kalangan anggota polis dan tentera pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Menteri Luar berkata, jawatan Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan bukan faktor penentu sokongan kerana anggota keselamatan mempunyai pendirian dan membuat pilihan sendiri.
“Sebelum ini pun BN pernah jadi Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri), tetapi tidak dapat sambutan pun. Dulu Menteri Pertahanan pun daripada BN, tetapi berlainan pendapat.
“Jadi, penyokong daripada anggota tentera ataupun anggota polis ini, mereka mempunyai pandangan dan akan membuat keputusan tersendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas di Taman Anggerik, di sini, hari ini.
Turut hadir calon BN bagi DUN Kempas, Datuk Ramlee Bohani.
Menjelang pengundian awal esok, Mohamad berharap anggota polis dan tentera di Johor memberikan sokongan kepada calon-calon BN demi memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.
“Saya harap mereka melihat (Johor) dan yang berada dalam Johor ini pastikan mereka bersama-sama dengan bangsa Johor yang lain sebagai pengundi untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRN kali ini.
“Saya mohon supaya mereka memberikan sokongan yang sama kepada calon-calon BN pada pilihan raya kali ini kerana ia akan memberikan satu keadaan kestabilan politik di negeri,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan BN mampu memperoleh sokongan baik daripada pengundi awal berdasarkan pola sokongan yang diterima pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
