Berita Politik
'MB Negeri Sembilan orang Melayu, apa yang terancamnya?' - Loke tanya KJ
SEREMBAN 7 Julai – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menyifatkan dakwaan kononnya masyarakat Melayu di Negeri Sembilan akan terancam sekiranya UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak memerintah negeri itu sebagai taktik politik yang sudah tidak lagi relevan.
Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sejak 2018 terus melaksanakan dasar dan program yang memberi manfaat kepada semua rakyat, termasuk masyarakat Melayu.
"Selalu kata Melayu terancam, ini taktik lama. Apa yang terancam? Di Negeri Sembilan semuanya ok sahaja.
"Menteri Besar tetap orang Melayu dan program serta dasar kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat termasuk orang Melayu terus dilaksanakan sejak PH mentadbir negeri ini pada 2018," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Celik MADANI dan Dharma MADANI Zon Selatan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pada Mesyuarat Pemuda dan Puteri UMNO Seremban, Ahad lalu, yang dilaporkan berkata hanya UMNO-BN mampu menjaga kepentingan orang Melayu dan menggesa pengundi memberikan sokongan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Anthony turut menggesa Khairy mendapatkan pandangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan mengenai dakwaan berkenaan, selain mendakwa DAP sering menjadi sasaran pelbagai tuduhan yang menurutnya tidak berasas.
"Apa yang orang Melayu terancam di Negeri Sembilan? Tanya orang Melayu di negeri ini, mungkin beliau tidak tahu kerana sudah lama tinggalkan Rembau," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa DAP mempengaruhi keputusan kerajaan, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata setiap parti dalam Kerajaan MADANI berhak mengemukakan pandangan, namun semua keputusan dibuat secara kolektif menerusi persetujuan bersama.
"Sudah tentu kita berbincang apa sahaja dalam gabungan politik dan memberikan pandangan. Tidak akan kita nak duduk membisu saja.
"Kita bagi pandangan, UMNO juga bagi pandangan tetapi akhirnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Jemaah Menteri akan membuat pertimbangan kesemua pandangan dan membuat keputusan yang adil, bukannya ikut telunjuk mana-mana pihak, begitu juga Menteri Besar di Negeri Sembilan," katanya.
Sehubungan itu, Anthony berharap Khairy tampil dengan pendekatan politik yang lebih progresif dan tidak lagi menjadikan sentimen perkauman sebagai modal dalam berkempen menjelang PRN.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
