Berita Politik
PN mungkin tidak mampu bentuk kerajaan Johor – Muhyiddin
BATU PAHAT 8 Julai – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengakui Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mampu untuk membentuk kerajaan negeri baharu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.
Bagaimanapun, beliau menggesa para pengundi di negeri itu agar tetap memberikan sokongan padu kepada calon-calon PN bagi memastikan gabungan berkenaan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk berfungsi sebagai blok semak dan imbang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Muhyiddin, kehadiran blok pembangkang yang kukuh amat kritikal bagi memastikan setiap dasar, keputusan, serta perbelanjaan kewangan oleh pentadbiran kerajaan negeri pada masa hadapan dapat dipantau secara berkesan demi kepentingan rakyat.
"Di sinilah pentingnya peranan kita sebagai semak dan imbang. Kerajaan tidak boleh buat sesuka hati. Mereka juga perlu menjelaskan bagaimana wang negeri dibelanjakan jika perkara itu dipersoalkan dalam DUN," katanya ketika berucap pada Ceramah Bersatu Demi Johor di Bilik Gerakan Utama PN di Parit Raja, di sini malam tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh calon BERSATU yang bertanding bagi kerusi DUN Parit Raja, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Muhyiddin menambah, sekiranya sesebuah parti pemerintah memperoleh mandat yang terlalu besar tanpa pembangkang yang kuat, terdapat risiko tinggi mereka akan menjadi leka dan gagal menunaikan janji-janji manifesto kepada rakyat.
"Jangan beri sokongan semata-mata kerana tiada jaminan. Apatah lagi sekarang ada kedengaran mereka boleh menang sehingga 40 kerusi. Kalau dah menang 40 kerusi, mereka akan berlenggang tangan. Tak buat apa-apa pun tidak mengapa sebab rakyat dah sokong mereka, akhirnya rakyat juga yang tidak mendapat apa-apa.
"Sebab itu walaupun kita tidak bertanding sebanyak kerusi seperti pihak lain dan mungkin tidak mampu membentuk kerajaan, kita tetap perlu mempunyai kekuatan untuk menjadi pembangkang. Itulah pentingnya rakyat memilih wakil yang benar-benar mampu membawa perubahan dan memperjuangkan kepentingan mereka," jelas beliau lagi.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
