TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Johor: Lebih 300,000 pengundi luar dijangka pulang, LLM tangguh tutup lorong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Julai – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlakunya peningkatan trafik yang ketara dengan kepulangan lebih 300,000 pengundi luar ke Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna, Pengerusi LLM, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mengumumkan bahawa semua kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya yang melibatkan penutupan lorong akan ditangguhkan pada hari pengundian iaitu 11 Julai 2026, kecuali bagi kes-kes kecemasan.

Sebagai langkah persediaan mendepani kesesakan lalu lintas di laluan utama menuju ke selatan tanah air, beliau menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan menggariskan beberapa panduan penting:

  • Rancang Perjalanan: Pengguna digalakkan menggunakan Aplikasi TuJu untuk mendapatkan navigasi pintar dan pelan masa perjalanan.

  • Persediaan Kenderaan & Kewangan: Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mempunyai baki Touch 'n Go, e-wallet, atau kad debit yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

  • Fokus di Kawasan Pembinaan: Sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju di kawasan pembinaan lorong ketiga di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Simpang Renggam ke Senai (Utara).

  • Patuhi Arahan Laluan: Patuhi arahan papan tanda sekiranya pengaktifan laluan smartlane dilakukan dan gunakan kawasan rehat dan rawat (R&R) sekiranya perlu berhenti rehat.

Bagi mendapatkan status trafik semasa, laporan insiden, atau paparan CCTV secara langsung, pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi LLM di www.llm.gov.my, menyertai WhatsApp Channel LLM Info Trafik, atau mengikuti akaun media sosial di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia dan TikTok @llmtrafik. Talian Pusat Pengurusan Trafik LLM di 1-800-88-7752 juga beroperasi untuk bantuan alternatif.

+ - reset