Berita Berita
Etnik Rohingya direman enam hari, disyaki rogol remaja perempuan 19 tahun
BACHOK 8 Julai – Seorang lelaki warga etnik Rohingya dikenakan perintah reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes jenayah seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Kampung Kuar, Tawang di sini, bulan lalu.
Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bachok hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan terperinci.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan bahawa tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota polis ke atas suspek kira-kira jam 9 malam semalam (Selasa).
"Suspek kini direman selama enam hari bermula pada Rabu. Kes disiasat dengan teliti mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi pihak media bagi mengulas perkembangan kes berkenaan.
Jika sabit kesalahan di bawah seksyen tersebut, suspek boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga hukuman sebat.
Berita berkaitan
July 8, 2026, 4:42 pm
Kebakaran rumah teres: Lelaki OKU ditemukan maut terhidu asap tebal
July 8, 2026, 4:13 pm
Dua beradik trauma, polis siasat kes buli dan serangan fizikal murid sekolah rendah
July 8, 2026, 3:14 pm
Murid tahun lima jatuh siling tingkat tiga ketika tangkap merpati
July 8, 2026, 3:10 pm
Pemandu lori maut serangan jantung sebelum undur rempuh Honda
July 8, 2026, 10:09 am
PRN Johor: Lebih 300,000 pengundi luar dijangka pulang, LLM tangguh tutup lorong
July 8, 2026, 10:00 am
