Berita Berita
"Fatimah, di mana kamu?" – Remaja 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Kajang
KAJANG 10 Julai – Kerisauan sebuah keluarga memuncak apabila anak gadis mereka, Fatimah Abdullah, 17, dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Sutera, di sini petang semalam.
Kehilangan remaja berkenaan disedari ahli keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 12.21 pagi tadi bagi memohon bantuan orang ramai mengesan mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, berdasarkan maklumat keluarga, lokasi terakhir remaja itu dilihat adalah di Apartment Teratai, Taman Sutera, Kajang.
"Fatimah digambarkan mempunyai ketinggian sekitar 150 sentimeter dengan berat badan 54 kilogram. Dia juga berambut lurus serta berkulit cerah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kehilangan mengejut anak gadis ini pastinya meruntun hati keluarga yang kini bimbangkan keselamatan dirinya.
Pihak polis menyeru orang ramai yang mungkin ternampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Fatimah untuk segera tampil membantu. Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Faisal Hakim Tanzali di talian 011-33337701, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 5:46 pm
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
July 11, 2026, 4:10 pm
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:27 pm
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
July 11, 2026, 3:15 pm
Hanya 42 peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi - SPR
July 11, 2026, 2:51 pm
