Berita Santai
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
Oleh AZIM SAID
Melangkaui beberapa dekad penglibatan dalam pentas politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila berusia genap 101 tahun hari ini.
Beliau antara tokoh politik Malaysia paling lama serta berpengaruh dalam sejarah moden negara.
Beliau pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali, iaitu dari 1981 hingga 2003 sebagai Perdana Menteri keempat, sebelum kembali mengetuai kerajaan pada 2018 hingga 2020 sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Sepanjang pentadbiran pertama beliau selama lebih dua dekad, beliau sering dikaitkan dengan dasar perindustrian, pembangunan infrastruktur dan usaha mempercepatkan transformasi ekonomi Malaysia.
Pilihan Raya Umum 2018 menjadi salah satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia apabila beliau mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas menewaskan Barisan Nasional yang telah memerintah negara sejak merdeka.
Beliau ketika itu mencatat sejarah sebagai antara ketua kerajaan tertua di dunia.
Media antarabangsa seperti CNN, Time, dan BBC pada ketika itu melaporkan kemenangan beliau dengan tajuk utama sebagai 'World's Oldest Leader' (Pemimpin Tertua di Dunia).
Walaupun sudah tidak memegang jawatan kerajaan, Beliau masih aktif memberikan pandangan mengenai isu politik Malaysia dan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau turut berdepan cabaran kesihatan termasuk masalah berkaitan jantung serta kemasukan ke hospital, namun masih muncul dalam aktiviti awam dan memberikan kenyataan mengenai pelbagai isu semasa.
Dalam menjelaskan faktor yang membantu beliau kekal aktif pada usia lanjut, beliau menekankan kepentingan mengekalkan aktiviti fizikal serta merangsang pemikiran.
Beliau berpandangan bahawa warga emas tidak seharusnya terlalu banyak menghabiskan masa dengan tidur kerana kurang pergerakan boleh menyebabkan badan menjadi lemah.
Selain menjaga tubuh badan, seseorang juga perlu terus menggunakan keupayaan minda melalui aktiviti seperti berbincang, berdebat, membaca dan menulis.
Aktiviti berfikir secara berterusan penting untuk memastikan fungsi otak kekal aktif walaupun usia semakin meningkat.
Ketika menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun lalu, laporan media antarabangsa turut menyebut beliau mengaitkan umur panjangnya dengan gaya hidup seperti tidak merokok, menjaga pemakanan serta kekal aktif dari segi mental dan fizikal.
Walaupun pandangan terhadap kepimpinan beliau berbeza antara satu pihak dengan pihak yang lain, pengaruhnya dalam landskap politik Malaysia kekal relevan sehingga hari ini.
Berita berkaitan
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
Rose Blackpink dinobat wanita tercantik dunia
December 10, 2025, 4:28 pm
Coastal Combat 2026 gabungkan Muay Thai, program realiti di Desaru Coast
November 7, 2025, 7:54 pm
The Curve jadi lokasi Burger Festival 2025 hujung minggu ini
July 16, 2025, 3:04 pm
Choco Albab bantu usahawan termasuk hilang pekerjaan, B40
July 11, 2025, 4:46 pm
Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani semarak Maal Hijrah di Tambun
May 14, 2025, 12:44 pm
