TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Santai

Tular misteri kucing putih di sisi pusara Tun Siti Hasmah

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 30 OKTOBER - Suasana malam di sekitar pusara Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali meruntun jiwa apabila kehadiran seekor kucing berwarna putih mencuri tumpuan orang ramai yang hadir menziarahi kubur tokoh budiman itu.

Kejadian yang merakamkan detik sayu itu mula tular di media sosial menerusi perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Lynn.Lyana, memaparkan seekor haiwan berbulu putih kelihatan tenang di atas kerusi biru berhampiran pusara dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam.

Pemandangan hiba berkenaan membangkitkan pelbagai reaksi hiba warganet yang merasai seolah-olah figura kesayangan ramai itu tidak pernah kesunyian, ditemani makhluk kerdil yang setia menghiasi suasana persekitaran pusara.

Lebih menyentuh perasaan, kehadiran tetamu istimewa berbulu putih itu seakan-akan menjadi lambang ketenangan abadi buat Allahyarhamah yang selama ini dikenang atas jasa bakti serta budi bahasa tidak ternilai kepada masyarakat dan tanah air.

Rata-rata pengunjung yang singgah menadah tangan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah menzahirkan rasa tersentuh, menyifatkan insiden tersebut sebagai satu memori indah yang mengubat rindu rakyat Malaysia terhadap permata negara yang telah pergi selamanya.

+ - reset