Berita Sukan
Bellingham bertaraf dunia!
MIAMI: Jude Bellingham muncul wira England apabila meledak dua gol untuk membawa pasukannya bangkit menewaskan Norway 2-1 sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Dunia.
Pemain tengah Real Madrid berusia 23 tahun itu sekali lagi mempamerkan aksi bertaraf dunia apabila menjadi pemangkin kebangkitan England selepas ketinggalan hasil jaringan Andreas Schjelderup pada babak pertama.
Sebaik wisel penamat dibunyikan di Stadium Miami, ribuan penyokong England bergema menyanyikan lagu Hey Judesebagai penghormatan kepada Bellingham yang tampil cemerlang sepanjang perlawanan.
England yang bergelut mencipta peluang pada separuh masa pertama akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Bellingham pada masa kecederaan babak pertama selepas menyempurnakan hantaran Anthony Gordon.
Bellingham kemudian memastikan kemenangan England pada masa tambahan apabila pantas menyambar bola muntah hasil rembatan Morgan Rogers yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Norway, Orjan Nyland.
Jaringan itu merupakan gol keenamnya pada kejohanan ini, sekali gus menyamai rekod Harry Kane dan legenda England, Gary Lineker, bagi jaringan terbanyak tanpa penalti dalam satu kejohanan utama.
Bellingham berkata, semangat juang seluruh pasukan menjadi faktor utama kejayaan England mara ke kelompok empat terbaik.
"Apabila keadaan tidak menjadi, kami tetap mencari jalan untuk menang. Sama ada dalam tempoh 90 minit atau 120 minit, kami memberikan segala-galanya.
"Semua pemain yang masuk dari bangku simpanan memberikan impak. Saya amat bangga dengan pasukan ini. Kini kami berada di separuh akhir Piala Dunia," katanya.
Walaupun Harry Kane semakin keletihan, Bellingham terus mempamerkan tenaga luar biasa dengan mengetuai tekanan ke atas benteng Norway sebelum akhirnya dikeluarkan pada minit ke-111 sambil menerima tepukan gemuruh penyokong di stadium.
Pengendali England, Thomas Tuchel, turut memuji persembahan anak buahnya itu yang disifatkan sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini.
"Cukuplah dengan apa yang sudah ditunjukkannya. Dia melakukannya dalam setiap perlawanan. Dia memang bertaraf dunia," katanya.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
