Berita Politik
Zahid anggap dakwaan rundingan UMNO-PAS kenyataan politik, tidak mahu terlalu yakin
Olah AZIM SAID
KUALA LUMPUR 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa wujud perbincangan antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai satu kenyataan politik.
Beliau berkata kenyataan mengenai rundingan antara UMNO dan PAS tidak boleh dianggap sebagai satu perjanjian kerana setakat ini tiada sebarang persetujuan rasmi dibuat.
Beliau menjelaskan sekiranya terdapat perbincangan antara kedua-dua pihak, ia hanya melibatkan pemahaman atau persefahaman tertentu dan bukan satu bentuk kerjasama yang diputuskan.
Ahmad Zahid turut mengingatkan supaya tidak terlalu yakin terhadap kenyataan politik PAS kerana menurut pengalaman lalu, pendirian parti itu boleh berubah mengikut keadaan.
“Kita harus bersangka baik, tetapi jangan terlalu positif. Mereka boleh tukar pendirian bila-bila masa.
"Banyak parti dah kena dengan mereka ni," katanya.
Beliau berkata perkembangan berkaitan hubungan politik antara parti akan terus diperhatikan berdasarkan tindakan sebenar, khususnya menjelang proses penamaan calon dan hari pengundian.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata BN akan menggunakan formula berbeza bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan kerana keadaan politik negeri itu tidak sama dengan negeri lain.
Beliau berkata strategi menghadapi PRN Negeri Sembilan tidak boleh disamakan dengan negeri lain kerana terdapat perbezaan dari segi jumlah kawasan, demografi penduduk serta corak pengundian.
Menurut beliau, pendekatan BN bukan hanya berkaitan pemilihan calon semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira keseluruhan situasi politik negeri berkenaan.
“Ini bukan sekadar calon, tetapi situasi di Negeri Sembilan tentunya berbeza. Formula itu harus disesuaikan dengan situasi politik di Negeri Sembilan,” katanya.
Ahmad Zahid turutberkata pengumuman calon-calon BN bagi PRN Negeri Sembilan dijangka dibuat dalam minggu ini.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
