Berita Sukan
Pernah buntu tuntut hutang RM108,000 dari KDA FC, Rosle Md Derus meninggal dunia
KUALA LUMPUR 15 JULAI - Bekas Pengarah Teknikal Penang FC, Rosle Md Derus, meninggal dunia hari ini selepas diserang strok.
Berita itu disahkan Penang FC yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh komuniti bola sepak yang pernah mengenali jasa dan sumbangan beliau.
"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga," menurut kenyataan rasmi Penang FC.
Sebelum ini, arwah yang pernah mewakili negara dalam saingan Piala Dunia Remaja FIFA 1997 dan kelayakan Sukan Olimpik 2000, menuntut Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melunaskan tunggakan gaji serta elaun miliknya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengeluarkan keputusan menerusi surat bertarikh 28 November 2024 yang menetapkan agar KDA FC membayar tunggakan gajinya berjumlah RM81,000 berserta elaun rumah sebanyak RM27,000.
Arwah turut pernah mengakui beliau kecewa dan tawar hati dengan kemelut yang melandanya.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
