Berita Sukan
Messi arkitek kebangkitan luar biasa Argentina mara ke final Piala Dunia 2026
ATLANTA 16 JULAI - Kapten Argentina, Lionel Messi sekali lagi menjadi tumpuan apabila berjaya membantu La Albiceleste mara ke pentas akhir dengan penuh dramatik selepas menewaskan England 2-1 di Stadium Atlanta.
Dua bantuan jaringan 'assist' Messi pada minit-minit akhir perlawanan mematikan impian England untuk beraksi di pentas akhir selepas kali terakhir pada 1966.
Meskipun England mendahului menerusi jaringan Anthony Gordon selepas mudah menolak masuk hasil hantaran Morgan Rogers pada minit ke-55 perlawanan.
Ia tidak mematikan semangat anak-anak buah Lionel Scaloni apabila rembatan deras luar kotak penalti Enzo Fernandez pada minit ke-85 berjaya menyamakan kedudukan.
Menghitung tiupan wisel daripada pengadil perlawanan, Messi sekali lagi berjaya melakukan bantuan gol selepas Lautaro Martinez mudah menanduk bola masuk ke dalam gawang gol The Three Lions pada masa kecederaan.
Perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada Argentina sekali gus mereka bakal bertemu Sepanyol di perlawanan akhir pada 20 Julai nanti.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
