Berita Sukan
Dua jaringan Bergson hampir buat gergasi Scotland terduduk
KUALA LUMPUR 17 JULAI - Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membukitkan kualitinya di peringkat antarabangsa selepas berjaya mengikat gergasi Scotland, Rangers FC dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan persahabatan di Sepanyol.
Pengendali JDT, Xisco Munoz menurunkan tiga muka baharu iaitu Dejan Petrovic, Kevin Medina dan Shahab Zahedi pada separuh masa pertama.
Namun begitu, tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan oleh skuad separuh masa pertama JDT sebelum Munoz menukar kesemua pemain di babak kedua.
Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula, Bergson terus menjaringkan gol apabila menolak masuk bola hasil hantaran La'Vere Corbin-Ong pada minit ke-45 perlawanan.
Tiga minit selepas itu, Bergson terus menghukum Rangers apabila memanfaatkan kesilapan bekas pemain Chelsea, Dujon Sterling dan terus merembat bola masuk ke gawang lawan.
Namun pertahanan JDT tidak kekal lama kebal selepas Rangers berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Tochi Chukwuani sekali gus perlawanan tamat dengan keputusan 2-2.
Selepas ini JDT akan bertemu kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq pada 19 Julai nanti.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
