Berita Sukan
JDT ikat gergasi Scotland Rangers FC 2-2 pada aksi pramusim di Sepanyol
KUALA LUMPUR 17 Julai – Gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen pramusim mereka di Eropah dengan langkah kanan selepas berjaya mengikat kelab ternama Liga Perdana Scotland, Rangers FC 2-2 dalam satu aksi persahabatan di Alicante, Sepanyol.
Perlawanan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan sepanjang babak pertama sebelum aksi bertukar rancak dengan corak permainan lebih kemas dipamerkan pada separuh masa kedua.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu mengejutkan Rangers FC menerusi dua gol pantas dalam tempoh empat minit yang diledakkan oleh penyerang berbisa, Bergson da Silva pada minit ke-45 dan minit ke-49 untuk meletakkan JDT selesa mendahului 2-0.
Bagaimanapun, kelebihan itu gagal bertahan sehingga wisel penamat apabila pemain tengah Rangers FC, Tochi Chukwuani bangkit meledak dua gol berturut-turut untuk memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Sebagai rekod, skuad bimbingan Xisco Munoz kini sedang berada di Sepanyol bagi mengharungi kempen pramusim yang padat dengan sembilan perlawanan persahabatan sebagai persediaan rapi menghadapi musim baharu Liga M.
Selepas aksi menentang Rangers FC, JDT dijadualkan menentang kelab Arab Saudi, Al Ettifaq pada Ahad ini, sebelum turun menentang pasukan Sepanyol, CD Contestano sehari selepas itu.
Berikut merupakan baki jadual aksi pramusim JDT di Sepanyol:
-
24 Julai: Menentang Elche CF (Kelab La Liga)
-
25 Julai: Menentang UD Castellonense
-
27 Julai: Menentang Costa City
-
28 Julai: Menentang Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol (AFE)
-
30 Julai: Menentang Qatar SC (Kelab Qatar)
-
31 Julai: Menentang FC Cartagena (Aksi penutup)
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
