Berita Sukan
Sepanyol mungkin hilang khidmat Lamine Yamal di pentas final?
NEW JERSEY 17 JULAI - Status kecergasan Lamine Yamal mencetuskan keresahan dalam kem Sepanyol menjelang aksi final Piala Dunia 2026 menentang Argentina.
London Evening Standard melaporkan Yamal terlepas menyertai sesi latihan pasukan itu pada 16 Julai lalu. Beliau juga dilihat memakai pengikat pada peha kirinya.
amal dilihat memerhatikan rakan-rakan sepasukan berlatih sebelum berbual dengan jurulatih, Luis de la Fuente dan penolong jurulatih, Juan Jose Gonzalez.
Pemain berusia 19 tahun itu juga dilihat menahan kesakitan ketika cuba mengalihkan badan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Isu kecederaan bukan perkara baru yang dihadapi Yamal terutama untuk musim 2025/26.
Musim lalu menyaksikan beliau mengalami kecederaan pubalgia, satu bahagian groin yang sukar dirawat. Yamal kemudiannya mengalami kecederaan hamstring pada Mei lalu sekaligus mengehadkan penglibatan beliau dalam aksi menentang Cape Verde.
De la Fuente dijangka berkongsi status terbaru Yamal menerusi sidang media praperlawanan, sehari sebelum final berlangsung.
Meskipun baru berusia 19 tahun, beliau sudah meraih 32 penampilan di pentas antarabangsa bersama Sepanyol. Yamal juga sebahagian daripada pasukan yang bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
