Berita Sukan
Hanya bolos satu gol, Unai Simon raih sarung tangan emas Piala Dunia 2026
NEW YORK 20 JULAI – Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, dinobatkan sebagai penerima anugerah Sarung Tangan Emas (Golden Glove) sebagai penjaga gol terbaik kejohanan selepas hanya dibolosi sekali dalam lapan perlawanan.
Pemain yang beraksi bersama Athletic Club itu berjaya mencatatkan tujuh perlawanan tanpa bolos dengan satu-satunya jaringan yang menewaskan beliau hadir menerusi pemain Belgium, Charles de Ketelaere, dalam aksi suku akhir.
Pemain berusia 29 tahun itu yang dipilih sebagai penjaga gol utama Sepanyol, sekali gus mengetepikan pilihan lain seperti pemenang gelaran Liga Perdana Inggeris dari Arsenal, David Raya, nyata membalas kepercayaan pengurus Luis de la Fuente dengan aksi yang cukup tangkas dan konsisten sepanjang kejohanan.
Kehebatan Simon menjadi antara tunjang utama kejayaan Sepanyol merangkul kejuaraan Piala Dunia 2026.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
