Berita Sukan
Rodri, Pau Cubarsi 'tapau' anugerah pemain terbaik Piala Dunia 2026
NEW YORK 20 JULAI - Barisan pemain Sepanyol mendominasi senarai penerima anugerah individu Piala Dunia 2026 selepas meraih tiga anugerah utama susulan kemenangan 1-0 ke atas Argentina pada perlawanan akhir.
Selepas mengetuai pasukannya merangkul kejuaraan, kapten pasukan, Rodri, dinobatkan sebagai pemenang Golden Ball iaitu anugerah untuk pemain terbaik sepanjang kejohanan.
Penjaga gol, Unai Simon, turut cemerlang apabila merangkul anugerah Golden Glove bagi penjaga gol terbaik, manakala pertahanan muda, Pau Cubarsi, membawa pulang Anugerah Pemain Muda Terbaik yang dikhas untuk pemain lahir pada atau selepas 1 Januari 2005.
Pilihan pemenang anugerah berkenaan ditentukan oleh Kumpulan Kajian Teknikal FIFA yang dianggotai bekas pemain profesional, jurulatih serta penganalisis.
Sementara itu, anugerah Golden Boot bagi penjaring terbanyak kejohanan menjadi milik kapten Perancis, Kylian Mbappe, yang meledak 10 gol serta mencatatkan empat hantaran gol.
Mbappe mengatasi jumlah jaringan Lionel Messi menerusi dua gol pada separuh masa kedua ketika Perancis tewas 4-6 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga pada awal pagi Ahad.
Dalam pada itu, Simon, menjadi penjaga gol Sepanyol kedua memenangi anugerah Golden Glove selepas Iker Casillas melakukan perkara sama pada 2010, yang juga kali terakhir Sepanyol muncul juara dunia.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
