Berita Berita
Lelaki maut dirempuh lori ketika pasang bendera parti di Seremban, pemandu dipercayai larikan diri
SEREMBAN 20 Julai – Seorang pemuda berusia 23 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori ketika sedang memasang bendera parti di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan di sini, pada petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, siasatan awal mendapati mangsa berada di bahu kiri jalan menghala ke Rantau bagi menjalankan kerja-kerja memasang bendera parti sebelum sebuah lori dipercayai merempuhnya.
"Secara tiba-tiba sebuah kenderaan dipercayai lori, jenis dan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan, telah melanggar tiang papan tanda serta pejalan kaki yang berada di bahu jalan.
"Lori tersebut dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan dan usaha mengesan pemandu serta saksi masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa terjatuh di bahu jalan selepas dirempuh dan mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di 06-6033222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut sedang diteruskan.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 10:56 am
Kes dadah di Kelantan turun 13 peratus, nilai rampasan meningkat kepada RM15.6 juta
July 21, 2026, 10:34 am
101 pelajar nyaris rentung, asrama lelaki SMA Tarbiah Diniah terbakar awal pagi
July 21, 2026, 10:20 am
MCMC sekat lebih 3 bilion SMS dan 2.5 bilion panggilan scam sejak 2022
July 21, 2026, 10:08 am
Lelaki menceroboh landasan punca perkhidmatan Laluan Shah Alam terganggu 30 minit
July 21, 2026, 10:05 am
'PH pun ada pemimpin Melayu-Islam' - Fahmi tegur KJ jangan keterlaluan
July 21, 2026, 9:06 am
Khairul Aming tuntut penjelasan Maxis, persoal bagaimana data peribadinya boleh bocor
July 20, 2026, 5:55 pm
