Berita Politik
Dr Akmal bidas DAP dakwa ketandusan idea, guna naratif baharu 'undi PH atau Zahid PM'
SHAH ALAM, 20 Julai — Pemuda UMNO membidas tindakan DAP yang didakwa semakin ketandusan idea politik apabila terus memainkan naratif yang mengelirukan serta menipu fikiran pengundi sepanjang siri Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa bahawa DAP sebelum ini pernah menggunakan taktik serupa ketika kempen di PRN Johor dengan menyebarkan dakyah 'undi BN, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan'.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menegaskan bahawa kenyataan terbaharu daripada kepimpinan DAP membuktikan parti berkenaan masih enggan menghentikan politik persepsi sedemikian.
"Kali ini dekat Negeri Sembilan dia datang dengan penipuan baharu lagi. Agak-agak mereka ini dah ketandusan idea ke? Sudah-sudah lah menipu rakyat," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Isnin.
Menerusi hantaran yang sama, Dr Akmal turut memuat naik tangkap layar laporan sebuah portal berita bertajuk 'PRU 16: Undi PH atau Zahid PM, kata Pua'.
Laporan berita tersebut merujuk kepada kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara merangkap pemimpin DAP, Tony Pua yang menyeru para pengundi supaya terus memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Pua dalam kenyataannya mendakwa bahawa kegagalan menyokong PH, termasuk tindakan memberi undi kepada parti 'pengacau' atau memilih untuk tidak keluar mengundi, secara tidak langsung akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) seterusnya mengangkat Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
