Berita Politik
Gesaan kaji semula kerjasama PH-BN, Amirudin yakin kerajaan Selangor kekal utuh
Oleh AZIM SAID
KLANG 21 julai - Kerajaan negeri Selangor kekal stabil dan utuh meskipun timbul gesaan supaya Pakatan Harapan (PH) Selangor mengkaji semula kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) susulan perkembangan kerjasama parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik PH dan BN bukan terletak di peringkat negeri semata-mata, sebaliknya bergantung kepada keputusan pimpinan pusat.
Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih mempunyai sokongan kukuh apabila PH bersama BN mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi dalam Dewan Negeri Selangor.
"Bagaimanpun saya rasa kerajaan PH bersama BN masih lagi tetap kerana kita mempunyai 33 ahli Dewan Negeri yang menyokong kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Digital Dana Plus, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohamad Shahrul Adnan berpandangan PH Selangor wajar mengkaji semula kerjasama politik bersama BN Selangor selepas BN mengambil pendekatan bekerjasama dengan PN bagi menghadapi PH pada PRN Negeri Sembilan.
Menurut beliau, tindakan itu menunjukkan BN bersedia membuat keputusan politik berasingan apabila berdepan pilihan raya, sekali gus memberi ruang untuk PH menilai semula bentuk kerjasama sedia ada.
Mengulas sama ada PH tidak kentar jika BN berkerjasama dengan PN, Amirudin berkata kedudukan kerajaan negeri kekal utuh.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
