TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr Akmal gesa PMX tangkap individu 'sakau' duit Tabung Haji susulan dapatan RCI

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 23 Julai — Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera menangkap dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab menyeleweng atau 'menyakau' dana Lembaga Tabung Haji (TH).

ADUN Merlimau itu menegaskan bahawa memandangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Tabung Haji telah pun dilaksanakan, dapatan kes berkenaan perlu didedahkan secara terbuka kepada umum.

"Saya mohon kepada YAB PMX untuk tangkap dan dakwa orang yang dikatakan 'sakau' duit Tabung Haji tersebut. Rakyat berhak untuk tahu siapa yang sakau. RCI terhadap Tabung Haji telah dilakukan, maka mohon dedah dan tangkap mereka," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Akmal meluahkan rasa terkilan kerana tohmahan serta isu dakwaan penyelewengan dana Tabung Haji berkenaan sudah lama dimainkan dan diperkatakan dalam kancah politik tanah air.

Namun begitu, beliau mendakwa sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan undang-undang atau pertuduhan rasmi yang dibuktikan di mahkamah terhadap mana-mana individu.

Kenyataan Dr Akmal itu dibuat bagi merespons ucapan Perdana Menteri di Ampangan, Negeri Sembilan semalam, di mana Anwar melahirkan rasa kesal kerana mendakwa masih ada pihak yang seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang berhubung isu salah guna kuasa dan penyelewengan dana membabitkan institusi seperti Tabung Haji dan 1MDB.

+ - reset