TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kadar kemiskinan luar bandar turun ke 9.9 peratus — Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

TELUK BAHANG, 23 Julai — Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar terus mencatatkan trend penurunan daripada 12 peratus kepada 9.9 peratus berdasarkan data terkini Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan positif ini membuktikan pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar yang dilaksanakan kerajaan mula membuahkan hasil.

Beliau turut menjelaskan bahawa corak migrasi semasa menunjukkan kawasan desa kini semakin diminati sebagai petempatan dan lokasi membina kerjaya:

  • Luar bandar ke luar bandar: 7.6 peratus

  • Bandar ke luar bandar: 7.2 peratus

  • Luar bandar ke bandar: Mengecil sehingga 0.6 peratus

“Ini menunjukkan desa terus mempunyai daya tarikan sebagai tempat untuk hidup, bekerja dan membina masa depan. Namun, potensi ini perlu disokong dengan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi, infrastruktur dan perkhidmatan yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub) kali ke-61 di sini, hari ini.

Pemerkasaan Program Desa Lestari basmi kemiskinan tegar

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan kini memfokuskan usaha membasmi kemiskinan tegar menerusi penambahbaikan Program Desa Lestari yang dijenamakan semula serta diperkasakan dengan pendekatan baharu.

Pengurusan program berkenaan akan dikendalikan secara profesional dengan mendedahkan anak-anak tempatan yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran untuk mewakili koperasi serta penduduk setempat.

“Matlamatnya ialah meningkatkan keberhasilan program, khususnya pendapatan isi rumah peserta Desa Lestari kepada RM2,300 sebulan bagi setiap isi rumah.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan, malah menghapuskan kemiskinan tegar di kawasan Desa Lestari melalui pelaksanaan program berimpak tinggi,” tegas beliau.

Pelaburan dan liputan telekomunikasi kawasan desa

Dalam pada itu, kerajaan terus komited memperkukuh pembangunan luar bandar dengan menarik pelaburan domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI), selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta keusahawanan untuk golongan muda.

Bagi menangani isu jurang digital, KKDW bersama Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan akan bekerjasama menerusi pendekatan whole-of-government bagi memastikan liputan internet menyeluruh dapat dinikmati penduduk luar bandar.

+ - reset