Berita Politik
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
JEMPOL, 29 Julai — Ramalan atau analisis pilihan raya tidak membawa sebarang makna kerana kuasa mutlak menentukan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terletak di tangan pengundi, kata Director Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau menegaskan bahawa peratusan kehadiran dan keputusan pengundi pada hari pembuangan undi kelak merupakan kunci utama kemenangan mana-mana calon mahupun parti yang bertanding.
"Perkara yang memasti kemenangan bagi mana-mana calon atau parti dalam pilihan raya ialah pengundi yang keluar mengundi. Bukannya kajian, bukannya penilik nasib, mahupun sebarang ramalan, sebaliknya pengundi itu sendiri," katanya ketika ditemui selepas sesi minum petang bersama calon PH Dun Jeram Padang, G. Manivanan di Felda Bukit Rokan, malam tadi.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas ramalan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mengunjurkan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpeluang menang selesa antara 23 hingga 25 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu selepas hari pengundian pada 1 Ogos.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata sebarang kajian atau analisis yang tidak memihak kepada PH wajar dijadikan cabaran untuk gabungan itu terus mendekati serta meyakinkan rakyat.
Beliau turut melahirkan rasa optimis berikutan maklum balas positif yang diterima sepanjang tempoh berkempen, selain menyifatkan prestasi pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai faktor penting yang mampu menarik sokongan pengundi.
"Kita melihat bagaimana pentadbiran di bawah 'Tok Min' berjaya menyelesai pelbagai isu, malah hasil negeri, simpanan rizab, kutipan zakat, serta pelaburan semuanya meningkat tanpa terpalit sebarang skandal penyelewengan wang rakyat," katanya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
