Berita Politik
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
LINGGI, 31 Julai — Semua calon Pakatan Harapan (PH) yang beragama Islam digesa memperbanyakkan doa dan munajat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung esok.
Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga calon DUN Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, segala usaha dan ikhtiar sepanjang tempoh berkempen perlu disusuli dengan kebergantungan kepada Allah SWT bagi memohon keputusan terbaik.
"Kita masih mempunyai beberapa jam sebelum kempen tamat. Dalam tempoh akhir ini, tumpuan akan diberikan kepada kempen menerusi media sosial, namun pada masa sama semua calon (Islam) jangan lupa terus bermunajat," katanya pada majlis Linggi Bermunajat di Dewan Orang Ramai Linggi, malam tadi.
Aminuddin menambah, meskipun tahap keyakinan gabungan berkenaan semakin meningkat menjelang hari penentuan, pihaknya tetap bersikap reda dengan sebarang keputusan yang bakal ditentukan oleh para pengundi.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
