Berita Berita
'Haiwan tiada suara, kitalah suara mereka' - Nabila Huda rayu PMX perketat hukuman terhadap penderaan haiwan
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pelakon Nabila Huda merayu kerajaan memperketat undang-undang dan hukuman terhadap pelaku penderaan haiwan, sambil menyifatkan isu itu sebagai cerminan nilai kemanusiaan dan belas ihsan dalam sesebuah masyarakat.
Menerusi hantaran di Instagram yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nabila berkata beliau memahami tanggungjawab besar yang dipikul pemimpin negara, namun berharap suara pencinta haiwan didengari.
Menurutnya, setiap insiden haiwan didera, diseksa dan dibunuh secara kejam meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan haiwan.
"Assalamualaikum YAB Perdana Menteri. Saya tahu YAB memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar untuk negara ini. Tetapi saya mohon, dengarlah suara kami.
"Hati dan jiwa kami remuk setiap kali melihat haiwan didera, diseksa dan dibunuh dengan begitu kejam. Sampai bila mereka perlu menderita tanpa pembelaan?
"Sudah tiba masanya undang-undang dan hukuman diperketatkan supaya setimpal dengan kekejaman jenayah ini. Penderaan haiwan bukan isu kecil. Ia mencerminkan siapa diri kita sebagai sebuah masyarakat dan sejauh mana nilai belas ihsan yang kita miliki.
"Di mana keadilan untuk haiwan? Di mana sifat kemanusiaan kita?
"Tolonglah berikan hukuman yang sewajarnya kepada mereka yang mendera haiwan. Mereka tidak mempunyai suara. Kitalah suara mereka," katanya.
Nabila berkata, masyarakat perlu terus mempertahankan nilai kemanusiaan terhadap semua makhluk hidup, termasuk haiwan yang tidak mampu mempertahankan diri.
"Semoga kita sentiasa mempertahankan nilai kemanusiaan dalam setiap bentuk kehidupan, termasuk haiwan yang tidak mampu bersuara. Mereka juga merasa sakit. Mereka juga merasa takut. Mereka berhak mendapat kasih sayang, perlindungan dan keadilan.
"Setulus hati saya, terima kasih kerana sudi mendengar suara mereka yang tidak mampu bersuara," katanya.
Berita berkaitan
August 1, 2026, 10:16 pm
'Anda semua sentiasa di hati' - Anthony Loke pertimbang lepas jawatan selepas tewas di Chennah
August 1, 2026, 9:18 pm
Pelajar universiti maut dalam perjalanan pulang RXZ Members 8.0 di Dungun
August 1, 2026, 9:07 pm
Aminuddin Harun tewas di DUN Linggi
August 1, 2026, 8:38 pm
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin, Anthony Loke diambang kekalahan
August 1, 2026, 6:30 pm
PRN N Sembilan: Pemuda kecewa gagal mengundi, dakwa nama sudah ditanda selesai mengundi
August 1, 2026, 3:52 pm
Lagi korban RXZ Members 8.0, penunggang maut bergesel penghadang jalan di LPT2
August 1, 2026, 2:35 pm
Menteri Luar New Zealand arah Ahli Parlimen keturunan Cina 'pulang ke negara asal'
August 1, 2026, 2:17 pm
