Berita Berita
Pelajar universiti maut dalam perjalanan pulang RXZ Members 8.0 di Dungun
DUNGUN 1 Ogos – Seorang pelajar universiti swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 354 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22, dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda Vario itu kira-kira 3 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Gong Badak, Kuala Nerus menuju ke Kuala Lumpur selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Nik Ab Halim berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun manakala kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
August 1, 2026, 10:16 pm
'Anda semua sentiasa di hati' - Anthony Loke pertimbang lepas jawatan selepas tewas di Chennah
August 1, 2026, 9:07 pm
Aminuddin Harun tewas di DUN Linggi
August 1, 2026, 8:38 pm
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin, Anthony Loke diambang kekalahan
August 1, 2026, 6:30 pm
PRN N Sembilan: Pemuda kecewa gagal mengundi, dakwa nama sudah ditanda selesai mengundi
August 1, 2026, 3:52 pm
Lagi korban RXZ Members 8.0, penunggang maut bergesel penghadang jalan di LPT2
August 1, 2026, 2:35 pm
Menteri Luar New Zealand arah Ahli Parlimen keturunan Cina 'pulang ke negara asal'
August 1, 2026, 2:17 pm
