TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lagi korban RXZ Members 8.0, penunggang maut bergesel penghadang jalan di LPT2

By
|
Kongsi
image

 

CHUKAI 1 Ogos - Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 258.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini, pagi Sabtu.

Mangsa, Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, dari Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta kedua-dua belah kaki.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa bersama enam lagi penunggang motosikal dalam perjalanan menghadiri program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan penghadang jalan di sebelah kanan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan sebelah kanan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang konkrit di antara penghadang jalan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Mohd Razi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

+ - reset