TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin, Anthony Loke diambang kekalahan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dijangka berdepan laluan sukar apabila masing-masing mengekor di belakang calon Barisan Nasional (BN) mengikut kepatutan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin yang bertanding di DUN Linggi meraih 4,870 undi berdasarkan kiraan undi tidak rasmi setakat ini, sekali gus berada di belakang calon BN, Datuk Mohd Faizal Ramli yang mendahului dengan 6,846 undi.

Sementara itu, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan serta penyandang kerusi DUN Chennah, turut ketinggalan dengan memperoleh 2,131 undi berbanding cabaran daripada calon BN, Siow Kong Choon yang mendahului dengan 3,895 undi.

+ - reset